Saturday, August 17, 2013


Kejadian ngeri ini berlaku di Brazil, pada 30 Jun yang lalu, seorang pengadil yang menikam seorang pemain yang diberikan kad merah, kemudiannya dibelasah, ditikam dan dipancung oleh penonton perlawanan.

Octavio Da Silva, 20 tahun, dipancung oleh penonton selepas menikam pemain
Josenir Dos Santos, seorang pemain yang berumur 30 tahun, telah membantah keputusan pengadil perlawanan, Octavio da Silva, 20 tahun, dan enggan untuk keluar daripada padang walaupun sudah diberikan kad merah, bengang dengan sikap Josenir, Octavio mengeluarkan pisau dan menikam Josenir.

Josenir kemudiannya dibawa ke hospital, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia di sana, apabila berita tentang kematian josenir tersebut luas, penonton perlawanan tersebut menyerang pengadil tersebut, dan menurut rakaman yang diambil semasa kejadian, mereka telah memancung kepala pengadil tersebut.

Apa yang mengerikan lagi, mereka telah mencucuk kepala pengadil tersebut di atas sebuah kayu sebelum meletakkanya di tengah padang.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Betul Seh! -Betulseh- Powered by Blogger