Saturday, August 17, 2013


Seorang wanita yang bernama Ma Ailun, 23 tahun, telah meninggal dunia kerana membuat penggilan melalui telefon pintar Iphone miliknya.

Dipercayai, telefon miliknya tersebut sedang di caj melalui kabel yang disambungkan ke plug rumah, secara tiba-tiba saluran elektrik yang kuat disalurkan melalui kabel tersebut dan Ma terkena kejutan elektrik yang sangat kuat sehingga membunuhnya.

Ramai yang terkejut dengan berita tersebut, dan menganggap itu adalah salah satu berita palsu yang disebarkan untuk menjatuhkan jualan Iphone.

Namun berita itu, kononnya disahkan benar, seperti yang didakwa adik Ma Ailun yang menulis satu kenyataan di laman sosial dengan berkata,

"Ma terjatuh dan meninggal dunia, waktu dia sedang membuat panggilan semasa telefon dia sedang di caj, kepada pengguna telefon yang lain sila berjaga-jaga semasa menggunakan telefon ketika di caj"

Siasatan lanjut mendapati yang kejutan elektrik yang deras berpunca daripada kabel caj dan pendawaian elektrik rumah tersebut yang tidak diluluskan.

Ma Ailun ialah seorang bekas peramugari yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Betul Seh! -Betulseh- Powered by Blogger