Thursday, August 15, 2013


Seorang lelaki di Jerman tidak menyedari di kepalanya terdapat sebutir peluru, untuk beberapa tahun, dia hidup dalam keadaan normal tanpa sebarang kesan sampingan.

Dia cuma mengetahui terdapat peluru di dalam kepalanya apabila dia melakukan pemeriksaan kesihatan, selepas mendengar berita tersebut dia terkejut dan cuba untuk mengingat kajadian dia ditembak di kepala.

Apa yang dia dapat ingat ialah dia pernah dipukul dikepala pada malam tahun baru 2004 ataupun 2005, namun pada ketika itu dia dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri, menurutnya dia berasa seperti biasa pada keesokan harinya tanpa sebarang kecederaan parah.

Peluru kaliber 0.22 itu telah selamat dikelaurkan daripada kepalanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Betul Seh! -Betulseh- Powered by Blogger