- Back to Home »
- Biar Betul »
- [Biar Betul] Ngoc : Tidak Tidur Selama Tiga Dekad
Thursday, August 15, 2013
Ngoc, seorang lelaki yang berusia 64 tahun daripada Vietnam telah mendakwa yang dirinya tidak dapat tidur selama tiga dekad.
Kejadian pelik itu berlaku apabila dia mendapat demam panas yang teruk pada tahun 1973, walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk tidur, matanya tetap juga enggan untuk lelap.
"Saya tidak tahu yang penyakit Insomnia saya ini normal ataupun tidak, dan saya tidak tahu yang ini akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan saya,"
Ngoc yang tinggal di daerah Que Son dikatakan masih sihat, malah dia mampu untuk memikul 50kg beras setiap hari daripada bandar ke rumahnya yang sejauh 4KM.
Menurut isteri Ngoc, suaminya tidak akan tidur, walaupun meminum minuman keras dengan banyak, selain berkata yang keputusan kesihatan Ngoc adalah normal.
Ngoc tinggal bersama dengan enam anaknya, bekerja sebagai penternak, selain dikatakan pernah menghabiskan 2 bulan tanpa tidur menggali kolam untuk menternak ikan.