- Back to Home »
- Fakta Orang Dewasa »
- [Fakta Orang Dewasa] Petua Melayu Lama Untuk Melambatkan Pancutan Air Mani
Thursday, August 15, 2013
Pilihan 1: Dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak dengan sedikit air dan kemudian sapukan di bahagian kepala zakar sahaja. Jangan sapukan terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat panjang. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jima'.
Pilihan 2: Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima'.
Pilihan 3: Ambil sedikit kacang kulai hitam (biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima'.
Pilihan 4: Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baharu disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jima'.
Pilihan 5: Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campur sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Makan di waktu Asar sebelum makan petang.
Pilihan 6: Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan disekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jima'.
Pilihan 7: Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.
Pilihan 8: Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halusdan makan semasa mahu berjima'.
Pilihan 9: Makan hati kambing yang di 'kasi', ia dikatakan boleh menahan mani.
Pilihan 10: Ambil segengam akar pinang muda (2 tahun ke bawah), rebuskan bersama segengam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah dan selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk. Tapis dengan kain dan embunkan semalaman. Sebelum diminum, digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau. Amalkan sehari sebelum berjimak.
Pilihan 11: Apabila sahaja rasa air mani itu hendak keluar, tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan apabila ada rasa hendak keluar, tarik lagi nafas. Lakukan hingga seterusnya. Cara ini anda akan dapat menikmati jima’ yang lebih lama.