Archive for September 2013
[Gila] Seorang lelaki mati setelah menguburkan dirinya untuk mencipta rekod dunia
Sekadar gambar hiasan |
Janaka Basnayake, 24 tahun, seorang lelaki yang berasal daripada Sri Lanka memutuskan untuk mencatat rekod dunia dengan mengubur dirinya 3 kaki di bawah tanah.
Janaka telah menguburkan dirinya dengan bantuan rakan-rakan dan keluarganya pada pukul 4 pagi berdekatan kota Kantale. Dia kemudiannya dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi pada hari yang sama, apabila dikeluarkan keluarganya terkejut melihat Janaka tidak sedarkan diri.
Walaupun digegaskan ke Hospital berdekatan, dia disahkan meninggal dunia sebelum sampai untuk mendapatkan rawatan.
Doktor di hospital tersebut tidak mengeluarkan keputusan rasmi punca kematian Janaka, tetapi mengeluarkan kenyataan berkata, risiko untuk mati adalah sangat tinggi apabila seseorang dikuburkan hidup-hidup.
Menurut ibunya, Janaka memang suka untuk membuat aksi lagak ngeri, sebelum ini dia pernah menguburkan dirinya sebanyak dua kali, dan selamat walaupun menghabiskan hampir 6 jam di dalam tanah.
[Panas] Ops Gengster, Terjumpa siswi separa bogel dgn pensyarahnya!
Sekadar Gambar Hiasan |
KUCHING 8211; Sepasukan anggota polis yang melakukan operasi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) menyelamatkan seorang gadis yang menjadi mangsa rogol di sebuah hotel bajet dekat Jalan Ban Hock di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, polis yang menyerbu sebuah bilik disyaki tempat persembunyian bekas tahanan EO menemui mangsa yang berusia 17 tahun.
Ketika diselamatkan, remaja itu yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta berada dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh pensyarahnya yang berusia 33 tahun.
[Santai] Ipad Emas kini dijual di Buri Al Arab
Buri Al Arab, sebuah hotel terkemuka di dunia mempunyai perkhidmatan menjual Ipad Emas kepada pelanggannya.
Ipad emas itu memberikan informasi visual kepada pelanggan interaktiv hotel, ini membolehkan mereka untuk menikmati kemudahan yang disediakan di hotel tersebut.
Ipad 24 karat itu dihasilkan oleh syarikat Gold & Co di London, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk mewah. Oktober tahun lalu, mereka mereka Ipad emas untuk hotel tersebut menyambut sambutan bulan kanser payu dara.
Ipad emas itu adalah satu simbol yang sangat bersesuaian dengan imej hotel tersebut, rekaan dan kualiti ipad tersebut adalah sangat unik.
Ipad itu dijual dengan harga USS10,200, selain ipad emas, Iphone 5 Emas, Ipad Mini Emas, dan Blackberry Q10 emas turut dijual.
Tag :
Santai